Mixer Topp Pro bukan harga tinggi tapi memang POWER betul

Ditulis oleh Eric Chee

For English Version, click HERE

 

Sekali kita imbas, mixer Topp Pro terutamanya model Mxi.1222CFX, Mxi.1422CFX & Mxi.1622CFX, mempunyai harga yang tinggi berbanding dengan jenama terkemuka di pasaran Malaysia. Namum apabila mengenali mixer ini secara mendalam, anda akan faham kenapa harganya lebih tinggi dari yang lain dan akan berasa harganya sebenarnya tidak tinggi. Di artikel ini, saya akan menunjukan kepada anda ciri-ciri mixer Topp Pro yang dikatakan "power" oleh penguna kami.

 

Nilai yang diberi oleh mixer ini sememangnya tidak terhingga. Rakan kami yang membuat integrasi sistem audio sering kali memerah otak ketika mereka bentuk sistem pelbagai zon. Mereka akan faham bahawa harga yang dibayar untuk menyelesaikan masalah reka bentuk tersebut adalah tersangat murah. Bilangan output yang diberikan oleh tiga model mixer Topp Pro ini sangat menakjubkan. Di Main output kita sudah ada 2 output iaitu Left & Right. Topp Pro juga memberi kita 4 Aux Output dan 4 Group Output. Jumlah Output adalah 10! Jika kita ambil kira satu kawalan fader sebagai satu output, maka kita ada 7 output dengan kawalan kekuatan audio tersendiri. Satu mixer dengan 7 zon dalam kawalan! Ini memang betul betul POWER. Ini belum tambah lagi output lain seperti CTRL Room (stereo out) dan Phone Out yang boleh digunakan sebagai output tambahan jika perlu. Anda nak memerah otak untuk fikirkan setup dan pemasangan audio splitter untuk zon berlainan? Solusi ini tambah kos pulak.

 

4 Aux & 4 Group di Mxi.1622CFX

 

Topp Pro merupakan satu-satunya jenama terkemuka import (jenama Taiwan, direkabetuk di Miami Florida USA dan dibuat di China) yang memberi fungsi USB MP3 Player dalam mixer mereka. Fungsi ini kebiasaan terhad kepada mixer jenama China atau jenama tempatan. Kerana Topp Pro meruapakan satu-satunya jenama tinggi yang mempunyai fungsi ini maka ia sangat bernilai kepada kebanyakan penguna. Dengan adanya fungsi ini, kita jimatkan kos kerana DVD Player, PC atau MP3 Player tidak perlu dibeli. 

 

USB MP3 Player di Mxi.1622CFX

 

Kebanyakan fungsi lain tidak kekurangan pada mixer Topp Pro. Jadi, ia sangat sukar untuk manyatakan kelemahan mixer Topp Pro. Compressor telah tersedia ada khususnya pada channel microphone. Digital FX yang berkualiti tinggi juga telah siap dibina di dalam. Digital FX ini selain dari dihantar ke Main Output, ia juga boleh dihantar ke Aux 1 & 2. USB Audio Interface yang kini menjadi fungsi hangat juga sudah disiap sedia di dalam mixer ini. Memang sukar sekali untuk kami mencari kelemahan mixer Topp Pro. Mungkin satu satunya yang boleh kami katakan yang kekurangan (bukan kelemahan) adalah ketiadaan grafik equalizer pada mixer ini. 

 

Pandangan belakang Topp Pro Mxi.1622CFX

 

Selain dari Topp Pro, jenama tempatan IVA yang diedarkan of AVEM juga mempunyai fungsi lebih kurang sama dengan Topp Pro. Walaupun, kedudukan produk IVA pada posisi mampu milik tetapi kualiti tidak akan kalah kepada kebanyakan jenama lain dalam pasaran.

 

Kita ada sedikit permintaan. Jika anda berasa artikel ini membantu, diharap dapat kongsikan kepada lebih orang ramai

Leave a reply