Ditulis oleh Eric Chee
AV Electronics Marketing (AVEM) yang membawa jenama Topp Pro ke pasaran pada akhir bulan February 2022 akhirnya berjaya menemui pengguna digital mixer Topp Pro yang pertama di Malaysia. Hasil kerjasama AVEM & Sir Afa Event & Technology yang menganjurkan even Sir Afa Demo Day 5.0 pada 27hb Mei 2022 berjaya menjodohkan saudara Min dengan digital mixer T2208 keluaran Topp Pro.
Saudara Min merupakan antara pengusaha bisnes PA yang sangat minat untuk mendapatkan digital mixer untuk kegunaan bisnesnya. Pelbagai jenis soalan telah diajukan terutamanya dari segi teknikal dan pengendalian. Selain untuk memahami keupayaan mixer tersebut, ia juga sangat penting sama ada jenis penggunaan bersesuaian dengan kegunaan mereka.
Saudara Min adalah yang kedua dari kanan
Selain itu, kualiti bunyi mixer ini dicuba secara mendalam. Microphone Proel DM800 dan loudspeaker Audiocenter SA310 digunakan bersama dalam ujian bunyi. Pelbagai jenis lagu dengan rentak berlainan juga diuji. Bunyi vokal manusia dengan tonal yang berbeza juga diuji untuk mendapatkan gambaran lebih mendalam tentang kualiti bunyi. Efek yang siap ada pada mixer ini juga diuji samaada ia bagus untuk karaoke dan sound efek event.
Selepas berpuas hati dengan kualiti bunyi dan keupayaan mixer T2208, saudara Min dari Min Studio Sound Event membuat keputusan untuk menambah audio mixer T2208 ke inventori beliau. Justeru itu, saudara Min telah menjadi pengguna pertama mixer T2208 di Malaysia. Mixer tersebut akan diguna pakai pada keesokan hari dalam eventnya. Gambar di bawah dari hasil kongsian saudara Min event pada keesokan hari.
Jika anda berminat dengan mixer T2208, sila klik SINI.
Kita ada sedikit permintaan. Jika anda berasa artikel ini membantu, diharap dapat kongsikan kepada lebih orang ramai