Ditulis oleh Eric Chee
For English version, click HERE
Apabila kami mengumumkan pengedaran mixer digital jenama Topp Pro T2208 pada Februari 2022, kami mendapat banyak pertanyaan tentang keupayaan mixer digital ini berbanding dengan Behringer X32 Producer. Apakah perbezaannya? Soalan ini telah kami jangkakan kerana kami menjual X32 Producer.
Jika anda minat mengetahui lanjut tentang Topp Pro DM24.8 vs X32/M32 , link akan dikongsi pada akhir artikel ini.
T2208 and X32 Producer merupakan produk yang jauh berlainan dari segi spesifikasi, reka bentuk hardware, dan kedudukan produk. Walaubagaimanapun, kami cuba sedaya upaya untuk mengukur keupayaan T2208 dengan X32 Producer. Perhatian! Perbandingan ini bukan satu perbandingan yang adil.
Kami telah menyusun dengan teliti di dalam satu jadual untuk tujuan perbandingan. Jika anda suka membaca, terdapat huraian lanjut di bawah jadual.
Fungsi | X32 Producer | T2208 |
Mic Input | 16 di konsol, max 32 melalui stage box | max 16 COMBO di konsol |
Line Input | 6 | 16 COMBO di konsol + 4 Jack |
Output Bus | 8 Bus di konsol, max 16 melalui stage box | 8 Auxes (Jack) |
Main Output | Tiada (diletakan pada Bus 7 & 8) | Main L & R (XLR atau Jack) |
Audio Signal Network | AES50 | DANTE (kad pilihan) |
Control Room Out | 2 | 2 |
Kawalan Jauh | Ethernet | Ethernet & USB |
Software Kawalan | PC, MAC, Android, IOS | PC, MAC, Android, IOS |
Slot Kad Luaran utk Networking | sokong DANTE, MADI, SD Card | sokong DANTE |
USB Interface | 2 in 2 Out hingga 8 in 8 out | 2 in 2 out |
Extra | Ultranet, AES/EBU, MIDI | Tiada |
Skrin | 5" Bukan Skrin Sentuh | 7" Skrin Sentuh |
Jumlah Fader | 17 | 1 |
DCA Group | 8 | 6 |
MUTE Group | 6 | Tiada (DCA Group boleh digunakan sebagai MUTE) |
Butang & Knob Pintas | Ya, butang sahaja | Tiada |
Lampu Input | Tiada | Tiada |
Jalur Contengan LCD | Tiada | Tiada |
Talkback | Ya | Ya |
Kawalan Gain | Digital Gain | Fizikal Analog Gain di konsol, Digital Gain utk DIO.24 Stage Box melalui DANTE Controller |
Gate | Ya di setiap input | Ya di setiap input |
Compressor | Ya di setiap input & output | Ya di setiap input & output |
PEQ |
4-bands di input 6-bands di bus |
4-bands di setiap input & output |
LPF | Ya | Ya |
HPF | Di salah satu PEQ | Ya |
GEQ | max 8 pada rack slot | 9 GEQ di semua Aux and Main |
FX | max 8 pada rack slot | 2 FX enjin |
FX type | Jenis FX yang banyak | 12 jenis FX sahaja |
FX MUTE | Boleh set pada bahagian pintasan | FX Mute Dedikasi |
Delay | Hanya di input | Ada di input & output |
Fasa | Ya | Ya |
Stereo Link | Input, Bus & Matrix | Input & Aux |
Pan | Ya | Ya |
Matrix | 6 | Tiada |
Nada Ujian | Custom Sine Wave, Pink Noise | Tiada |
Automix | Ya, 8 CH dgn fungsi weighting & pilihan X-Y | Ya, 20 CH dgn fungsi on/off |
Send on Fader |
Input rout ke Output atau Output rout ke Input |
Input rout ke Output |
GEQ on Fader | Ya | Tiada |
RTA | Ya, ditindan atas PEQ atau GEQ | Ya, berasingan dari PEQ or GEQ |
Metering Scale | Percepsi Signal Hangat | Percepsi Signal Sejuk |
Kedua-dua konsol ini boleh dipasang ke dalam rack 19". Pada pandangan pertama, perbezaan ketara di antara Topp Pro T2208 dan X32 Producer adalah jumlah fader bermotor. Di T2208, hanya ada satu fader bermotor manakala X32 Producer mempunyai 17 fader bermotor. Sudah pasti lebih banyak fader bermotor, lebih senang dan cepat proses mixing. Penguna sudah pasti gembira dengan lebih banyak fader bermotor di hadapan mata. Walau bagaimanapun, kami mendapat satu komen unik dari seorang jurutera audio dan juga seorang pemilik syarikat sewaan PA bahawa satu fader bermotor adalah sangat murah untuk jangka masa panjang kerana kos penyelenggaraan lebih rendah. Beliau juga berkongsi bahawa ketika event berjalan, adalah sangat kurang penyelerasan audio. Hanya ketika raptai dan setup kebanyakkan penyelarasan dibuat. Pemikiran ini agak logik dari perspektif beliau.
Satu fader bermotor di Topp Pro T2208
Kedua-dua konsol mempunyai 16 mic input. Behringer mempunyai 8 output manakala Topp Pro mempunyai 10 output. Apabila X32 Producer mengunakan stage boxnya, segala potensi boleh digunakan. Ini bermakna 32 input dan 16 output boleh digunakan. Keupayaan T2208 tidak boleh ditambah walaupun stage box DIO.24 digunakan melalui DANTE.
Pandangan belakang X32 Producer
Pandangan belakang Topp Pro T2208
Skrin merupakan salah satu perbezaan dua konsol ini. Behringer mempunyai skrin bersaiz 5" dan ia bukan skrin sentuhan. Manakala Topp Pro mempunyai skrin sentuhan bersaiz 7". X32 Producer telah berada di pasaran pada masa yang agak lama dan tidak banyak aduan tentang skrin. Namun demikian, saiz lebih besar dan fungsi sentuhan pada Topp Pro merupakan satu ciri yang diingini ramai.
T2208 seperti abangnya DM24.8 mempunyai reka bentuk Gain yang pelik dimana ia mengunakan fizikal dan analog Gain untuk pre-amp. Ini bermakna, penyelarasan Gain hanya boleh dibuat di depan konsol. App dan software tidak dapat mengawal Gain pre-amp. Jika kami mengunakan stage box DIO.24 (melalui network DANTE), kawalan Gain ini hanya boleh dibuat melalui software DANTE CONTROLLER. Dengan reka bentuk sebegini, kami percaya T2208 agak sesuai dengan instalasi kekal.
Fizikal & Analog Gain di Topp Pro T2208
Kedua-dua Topp Pro dan Behringer boleh dihubungkan ke network DANTE dengan mengunakan kad luaran. Behringer mempunyai lebih banyak pilihan kad luaran seperti MADI, USB, SD dan Wave. T2208 tidak datang sekali dengan kad (kena beli berasingan) tetapi Behringer datang dengan AES50. DANTE adalah satu network yang sangat baik, jadi ia adalah mencukupi untuk T2208 untuk digunakan untuk pelbagai jenis aplikasi. Namun demikian, T2208 merupakan konsol "slave" dimana ia tidak mempunyai kawalan preamp Gain atau kawalan phantom power stage box.
X32 Producer juga memberi penguna fleksibiliti untuk mengunakan bahagian pintasan untuk mempercepatkan aliran kerja. T2208 tiada. Namun, ia bukan satu kekurangan kerana T2208 adalah senang dioperasi. Kebanyakan fungsi dan ciri boleh dicapai dalam dua hingga tiga sentuhan/tekan. X32 Producer pula terdapat banyak butang "menu" dan terdapat banyak tab dan lapisan di dalam "menu" tersebut. Skrin sentuh T2208 juga mempercepatkan banyak navigasi konsol. Ia amat logik untuk X32 Producer mempunyai bahagian pintasan kerana kerumitan OS.
Butang "Menu" di sekeliling skrin & pelbagai tab di dalam
Bahagian pintasan di X32 Producer
Potensi kuasa X32 Producer yang sama dengan abangnya X32 memang terpuji. Amat malang sekali, T2208 tidak mempunyai potensi kuasa yang sama seperti DM24.8. X32 Producer mempunyai 8 DCA dan 6 MUTE Group, sama seperti X32. T2208 pula berkurangan sebanyak setengah dari DM24.8. Ia hanya ada 6 DCA. Tiada MUTE Group tetapi DCA boleh diguna sebagai MUTE GROUP. Terdapat penguna tertentu mendapati 6 DCA tidak mencukupi. Untuk kegunaan biasa, 6 DCA agak mencukupi terutamanya untuk newbie.
6 DCA di Topp Pro T2208
Pemprosesan FX dan DSP di X32 Producer sangat mencukupi pada masa ini (walaupun produk ini dilancarkan lebih dari 8 tahun). Seperti X32, ia mempunyai 8 slot kosong yang bebas digunakan berdasarkan keperluaan anda. Anda boleh guna max 8 FX, atau max 8 unit GEQ atau dibahagi sama rata di antara FX dan GEQ. Di T2208, semua adalah tetap. Ia mempunyai 2 enjin FX and 9 GEQ (8 di Aux dan 1 di Main). Kesemuaan ini tidak boleh digunakan sebagai "insert".
8 slot di FX & DSP di M32 (X32 Producer adalah sama)
2 FX enjin di Topp Pro T2208
9 GEQ di output Topp Pro T2208
X32 Producer memberi kami kebolehan untuk "melihat" audio dengan Real Time Analyzer (RTA). Kami boleh mengenal pasti frekeunsi yang bermasalah dan memperbaikinya. RTA yang ditindan ke atas PEQ & GEQ membuat segalanya lebih mudah. Malang sekali, T2208 tidak memberi kami fungsi RTA. Dilihat secara positif, kami menyakinkan diri bahawa ia memberi kami peluang untuk melatih telinga kami. Walau bagaimanapun, kami lebih suka diberi fungsi RTA.
Warna & Tindanan RTA di bahagian PEQ pada X32 Producer
Automix merupakan satu fungsi penting untuk situasi automatik dan situasi kawalan tanpa manusia. Topp Pro memberi satu fungsi yang sangat mudah diguna tanpa sebarang keluk pembelajaran. Anda cuma menghidupkan fungsi ini dan memilih channel untuk ditambah ke dalam Automix. Itu saja. Walaupun mudah operasi, tetapi ia sangat efektif untuk memastikan semua signal audio adalah seimbang. Automix di Behringer pula lebih kompleks kerana ia mempunyai dua parameter untuk diset. Kami boleh menyelaraskan "Weighting" dan pilih kumpulan X-Y. Newbie akan terkeliru dengan parameter ini. Satu kelebihan Automix di Topp Pro adalah kesemuaan 20 channel dalam mengunakan Automix, manakala had di Behringer adalah 8 channel.
Automix di Midas M32 (X32 Producer mempunyai Automix yg sama)
Automix di Topp Pro T2208
Kedua-dua konsol mempunyai skala meter yang berlainan. Kami sudah biasa dengan X32 Producer, jadi pada pengunaan kali pertama T2208, kami terbingung dengan signal yang begitu rendah (walaupun PA sistem kami sangat kuat). Selepas pemeriksaan selanjutnya, skala meter pada T2208 sangat berbeza dengan X32 Producer. Pada gambar di bawah, LED kuning/jingga bermula pada +4dB di meter Topp Pro manakala LED kuning/jingga bermula di -21 dB di meter Behringer. Meter Topp Pro bermula dari -30 dB hingga ke +10dB manakala meter Behringer/Midas bermula dari -45 dB hingga -2dB.
Kiri: T2208, Kanan: X32 Producer
*Perhatian, -21 dB di Behringer sebenarnya adalah dalam skala dbFS. Topp Pro tidak memberi informasi tentang skalanya. Ia juga agak menarik untuk mengetahui bahawa Behringer menyatakan bahawa Max Out adalah +21 dBu manakala Topp Pro menyatakan bahawa Max Out adalah +20 dBu +/- 0.5 dBu.
Kami tidak menyentuh kesemuaan perbezaan kedua-dua konsol ini tetapi kami percaya bahawa fungsi utama telah dibincangkan. Kami sentiasa menyambut baik kedatangan pelanggan ke showroom kami untuk membuat ujian sendiri. Pelanggan juga boleh menghubungi kami jika ada persolan di minda. Akhir kata, kami percaya kedua-dua konsol ini merupakan konsol yang sangat bagus. Konsol-konsol ini mempunyai pasaran berlainan dan kami percaya penguna akan puas hati dengan kedua-dua pilihan ini.
Pada pendapat peribadi saya, saya berasa Topp Pro sangat mesra penguna dan senang untuk dioperasi. X32 Producer merupakan satu mixer digital yang hebat, tetapi ia lebih kompleks untuk dinavigasi dan digunakan. Apabila anda sudah mahir dengan X32 Producer, it adalah sangat mudah. Walaupun terdapat kekurangan pada T2208, saya mendapati kemampuan mixer digital ini sangat baik dan ia dapat mejayakan kebanyakan aplikasi event.
Untuk maklumat Topp Pro T2208 SINI
Untuk maklumat Behringer X32 Producer SINI
Jika anda berminat tentang Topp Pro DM24.8 vs X32/M32, click SINI
Kita ada sedikit permintaan. Jika anda berasa artikel ini membantu, diharap dapat kongsikan kepada lebih orang ramai